Suhakam dihalang memantau PRU14 - Berita Semasa | mStar

Suhakam dihalang memantau PRU14

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2018 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak dibenarkan memantau Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan Suhakam bahawa permohonannya untuk memantau pilihan raya tidak diluluskan.

Ini bermakna mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pengundian.

Beliau berkata: "Suhakam tidak dapat memahami keputusan ini.

Razali.

" Ia berikutan mereka diberitahu bahawa akan ada pemerhati antarabangsa semasa PRU14 berjalan.

"Suhakam menganggap ia sebagai kenderaan yang berintegriti dan memperoleh kekuatannya daripada mandat undang-undang dalam melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia.

"(Kami) akan meneruskan pelan pemantauan demi kepentingan awam," kata Razali.

Beliau menambah bahawa pilihan raya yang bebas dan adil adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. 

Beliau menyeru kepada SPR untuk mengiktiraf prinsip-prinsip hak asasi manusia yang utama dalam pemilihan.

Razali berkata sebelum ini mereka akan mempunyai 50 pemerhati di lapangan untuk memantau kerusi parlimen 'panas' semasa PRU14.

Beliau berkata, pemerhati yang terdiri daripada pesuruhjaya, pegawai dan sukarelawannya akan dihantar ke kerusi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Pahang, Negri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah tidak menjawab pertanyaan The Star mengenai kenyataan Suhakam tersebut.

Tags / Kata Kunci: PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan