Serba salah dengan Tun M, hairan pun ya juga - Berita Semasa | mStar

Serba salah dengan Tun M, hairan pun ya juga

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2018 3:23 PM

Nawawi Ahmad.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Keputusan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Langkawi menyebabkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Ir Nawawi Ahmad serba salah.

Beliau yang secara jujur masih mengakui kehebatan kepimpinan Tun M berkata, hubungan baik antara mereka berdua menyebabkan pertandingan di pulau bebas cukai itu menyukarkannya.

Nawawi berharap Tun M dapat pertimbangkan semula keputusannya untuk bertanding di Langkawi.

"Saya minta kalau boleh Tun M (bertanding) di Putrajaya ka ataupun pi Kubang Pasu ka atau pi mana-mana, pi Puchong pun tak pa.

“Tun datang sini (Langkawi) menyebabkan saya jadi serba salah," katanya pada Khamis.

Nawawi berkata, beliau secara peribadi pernah menemui pencabarnya itu dan meminta beliau agar tidak bertanding di Langkawi.

"Niat Tun M nak jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hairan juga marah Najib, nak singkir beliau daripada sistem dan jawatan Perdana Menteri tapi datang ke Langkawi, Tun sepatutnya pi bertanding di Pekan. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Nawawi Ahmad , Dr Mahathir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan