Fitbit Versa lebih selesa, mampu milik - Berita Semasa | mStar

Fitbit Versa lebih selesa, mampu milik

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA jam pintar yang ditunggu-tunggu ramai sudah muncul di Malaysia.

Selepas Fitbit Ionic mendapat sambutan menggalakkan, Fitbit kini memperkenalkan versi terbaharunya, Versa dengan fungsi utama pemantau tahap kecergasan yang sama hebat dengan Ionic, tetapi dengan harga mampu milik.

Versa juga lebih ringan, sangat sesuai dengan konsepnya sebagai jam tangan pintar bagi membolehkan ia selesa dipakai sepanjang masa untuk membantu si pemakai memantau tahap kesihatan mereka dengan lebih teratur ke arah gaya hidup sihat.

"Ketika kategori ini terus berkembang, Fitbit Versa memenuhi keperluan kritikal di pasaran dengan menawarkan jam pintar dengan rekaan menarik, mempunyai ciri penuh yang mudah digunakan pada harga berpatutan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fitbit James Park.

Sama ada anda bersenam, berlari, berjalan, berenang, berbasikal atau mendaki, Versa yang mempunyai 15 mod senaman ini dapat mengesan kadar degupan jantung 24/7, mengira langkah serta jarak, tingkat pendakian, kalori, tempoh aktif dan degupan jantung ketika tidur.

Fitbit Versa turut menawarkan ciri membalas mesej.

Ia juga kalis air sehingga kedalaman 50 meter dan hayat bateri yang dijanjikan adalah selama empat hari apabila dicas penuh. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira dua jam.

Melihat kepada ciri-ciri ini, sudah tentulah Versa akan menjadi jam tangan gaya hidup dan diari kesihatan anda yang paling penting apabila data-data tersebut direkodkan di dalam peranti ini dan anda dapat melihatnya dalam bentuk statistik yang berada di pergelangan tangan anda.

Pengarah Pemasaran Produk Fitbit Alexander Healy ketika memperkenalkan Versa.

Versa juga boleh meningkat motivasi dan menghiburkan anda ketika bersenam apabila ia boleh menyimpan sehingga 300 lagu di platform Deezer yang boleh didengar dengan memakai fon kepala Bluetooth (dijual berasingan).

Malah, melakukan aktiviti kecergasan juga tidak akan membuatkan anda ketinggalan dari rakan-rakan atau dunia luar kerana melalui Versa anda masih berpeluang untuk membalas mesej melalui padanan Android dan memuat naik pelbagai aplikasi kegemaran anda.

Empat jenis tali ditawarkan untuk model Versa iaitu tenunan, 'metal mesh', klasik dan kulit Horween.

Jika anda tertanya-tanya apakah ciri baharu paling ketara pada Versa jawabnya adalah Female Health Tracking (bermula Mei), atau pemantau kesihatan wanita.

Ciri ini membantu wanita lebih faham dan peka dengan kitaran haid mereka seterusnya dapat dijadikan solusi untuk dipadankan dengan tahap kesihatan yang sesuai.

Versa, antara lain boleh bertindak sebagai dompet melalui Fitbit Pay dan menjadi jurulatih peribadi melalui Fitbit Coach yang mana ia akan memberi arahan senaman kepada anda.

Fitbit Versa berharga RM990 untuk warna hitam, perak dan emas ros manakala Versa Edisi Khas berharga RM1,120.

Ketiadaan GPS seperti Ionic dikatakan menjadi sebab mengapa harga Versa lebih rendah, tetapi jangan bimbang kerana fungsi GPS masih dapat digunakan dengan menyambungkannya ke telefon pintar.

Tags / Kata Kunci: jam pintar , Fitbit Versa , harga Fitbit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan