Onn Hafiz teruskan legasi keluarga dalam Umno - Berita Semasa | mStar

Onn Hafiz teruskan legasi keluarga dalam Umno

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 8:42 AM

Onn Hafiz.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Legasi perjuangan Pengasas dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar diteruskan lagi menerusi calon anak muda, Datuk Onn Hafiz Ghazi, 40.</p

Exco Pemuda Malaysia ini dipilih untuk menjadi calon Dun Layang-Layang, Kluang pada PRU14.

Onn Hafiz yang juga anak saudara kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, salasilah keluarganya diketahui umum dan dia mempunyai tanggungjawab besar untuk dipenuhi.

Katanya, dia akan berusaha melakukan yang terbaik dalam memenuhi harapan orang ramai secara berperingkat.

“Pasti ada harapan tinggi diletakkan dibahu saya, apatah lagi saya membawa imej keluarga dan saya akan laksanakan tanggungjawab dan kepercayaan orang ramai satu demi satu langkah.

“Namun saya percaya, faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah berkhidmat kepada rakyat, khususnya pengundi di kawasannya,” katanya selepas pengumuman calon BN negeri, di sini.

Beliau yang juga menyandang jawatan selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong berterima kasih dengan kepercayaan yang diberi dan melihatnya sebagai pengiktirafan kepada golongan muda.

“Pencalonan saya pada PRU14 merupakan pengiktirafan kepada golongan muda, apatah lagi ia merupakan ujian paling getir buat BN.

“Namun saya percaya masyarakat sudah matang memilih calon dan parti yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Onn Hafiz , PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan