Khaled Nordin tanding dua kerusi di Johor - Berita Semasa | mStar

Khaled Nordin tanding dua kerusi di Johor

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2018 11:13 AM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan bertanding di dua kerusi pada PRU14, 9 Mei ini.

Dua kerusi itu adalah Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Mohamed Khaled merupakan satu-satunya calon BN yang akan bertanding di dua kerusi, antara 82 kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan di Johor.

Umno akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN manakala MCA lapan Parlimen dan 15 DUN; MIC satu Parlimen dan empat DUN) dan Gerakan satu Parlimen dan dua DUN.

BN Johor turut mempertaruhkan 37 muka baru di lima kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

Antara kerusi panas adalah Iskandar Puteri yang akan menyaksikan pertembungan antara Datuk Jason Teoh (MCA) dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tags / Kata Kunci: Khaled Nordin , PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan