Rakyat Malaysia tak perlu risau kes tembak imam Palestin - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia tak perlu risau kes tembak imam Palestin

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2018 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU:  Rakyat Malaysia tidak perlu risau berhubung kes tembak imam warga Palestin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi perisikan sebuah negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kejadian itu tidak melibatkan warganegara namun pemantauan tetap akan dilakukan.

Katanya, siasatan rapi juga masih dijalankan berhubung kes pembunuhan itu.

"Orang tempatan tak perlu risau sebab tiada kena-mengena dengan dia (rakyat Malaysia). Kalau kes ini ada penglibatan ejen asing pun, ia bukan melibatkan rakyat kita. Jadi tak perlu risau," katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Bukit Kempas, Ahad.

Nur Jazlan juga tidak menolak kejadian itu berkemungkinan impak daripada pergolakan yang berlaku di negara asal mereka namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam siasatan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Nur Jazlan , Imam Palestin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan