Ahli PKR bantah Tun M guna logo parti - Berita Semasa | mStar

Ahli PKR bantah Tun M guna logo parti

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2018 6:07 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekumpulan ahli PKR mengadakan himpunan membantah Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kumpulan itu membuat bantahan di hadapan ibu pejabat parti di sini, Sabtu.

Mewakili kumpulan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, Perak, Muhamad Faisal Zainal berkata, mereka memberi tempoh sehingga 26 April kepada barisan kepimpinan parti untuk menarik balik keputusan mereka membenarkan pengerusi Pakatan Harapan itu menggunakan logo parti itu.

Beliau menambah, parti tersebut ditubuhkan susulan bantahan terhadap pemerintahan Dr Mahathir.

"Membenarkannya untuk bertanding di bawah logo parti adalah bertentangan dengan prinsip kami.

"Malah beliau dicalonkan sebagai calon perdana menteri yang akan datang," katanya.

Kumpulan itu berhimpun secara aman selama kira-kira 30 minit sebelum bersurai.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan