Wanita pengsan jatuh trek LRT - Berita Semasa | mStar

Wanita pengsan jatuh trek LRT

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2018 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang wanita pengsan dan terjatuh ke trek di stesen LRT Damai pada pagi Khamis.

Rapid KL menerusi akaun Twitternya @MyRapidKL memberitahu, wanita itu diselamatkan dan diberi bantuan perubatan susulan kejadian itu pada pukul 7.46 pagi.

Kejadian tersebut menjejaskan perkhidmatan LRT, sekali gus mengakibatkan penumpang terkandas.

"Stesen Damai ditutup untuk keselamatan ketika ini. Tren akan beroperasi secara berselang-seli. Kami akan menyediakan bas untuk membawa penumpang. Ikuti perkembangan semasa.

"Kami menghantar tren-tren ke KL Sentral dan Setiawangsa untuk memudahkan orang ramai," menurut RapidKL.

Tags / Kata Kunci: LRT , RapidKL
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan