PRU14:Permintaan tinggi, AirAsia tambah penerbangan - Berita Semasa | mStar

PRU14:Permintaan tinggi, AirAsia tambah penerbangan

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2018 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan peningkatan pemintaan untuk perkhidmatan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum (PRU14), Airsia akan menambah penerbangan bagi laluan domestik terpilih.

Dalam kenyataannya pada Khamis, syarikat penerbangan itu berkata AirAsia akan menjalankan 120 penerbangan tambahan, termasuk 20 penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330 dengan 337 tempat duduk.

“Tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei bagi tambang tetap kami, juga dilanjutkan untuk meliputi 7 hingga 10 Mei, 2018,” katanya.

“Syarikat itu juga akan mengekalkan kadar tambah tetapnya seperti yang diumumkan sebelum ini.

AirAsia merupakan antara syarikat penerbangan paling awal menawarkan promosi penerbangan sempena hari pengundian PRU14, pada 9 Mei, yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tambang sehala untuk tempoh itu ditetapkan pada RM99 bagi laluan di Semenanjung  Malaysia, RM129 bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan RM199 bagi laluan  antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Bagaimanapun tambang ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: AirAsia , PRU14
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan