Pemimpin pembangkang ditahan positif syabu - Berita Semasa | mStar

Pemimpin pembangkang ditahan positif syabu

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2018 7:51 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai pemimpin barisan pemuda parti pembangkang di Hulu Selangor ditahan di kediamannya di Kampung Tengah Batang Kali dekat sini pada Sabtu lepas, kerana positif dadah jenis syabu.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 2.15 pagi oleh sepasukan anggota AADK selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Suspek kemudian dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine (syabu). Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini,” katanya di sini pada Selasa.  

Beliau berkata Mahkamah  Sesyen Kuala Kubu Bharu mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama 14 hari bermula Sabtu lepas sehingga 27 April.  

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. - Bernama

Tags / Kata Kunci: pembangkang , syabu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan