Jangan percaya mitos sembuh demam denggi - Berita Semasa | mStar

Jangan percaya mitos sembuh demam denggi

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2018 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Minum air daun betik, air ketum dan makan sup ketam untuk merawat deman denggi adalah mitos yang tidak harus dipercayai, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu baginda menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan cara rawatan tersebut yang dikata dilakukan oleh orang-orang terdahulu.

Cara rawatan itu tular di media sosial baru-baru ini.

“Cara terbaik ialah mendapatkan rawatan di hospital atau klinik secepat mungkin supaya demam yang dialami tidak merebak,” titah Raja Muda itu ketika merasmikan program ‘Dengue Patrol’ di Sekolah Kebangsaan Empiang di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda bertitah demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya kerana boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat dengan segera selain belum ada ubat khusus untuk merawatnya.

Sehubungan itu baginda mengajak rakyat Perlis menjayakan misi gempur denggi dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan membersihkan tempat-tempat takungan air bagi mencegah nyamuk membiak.

Mengikut laporan Jabatan Kesihatan Negeri, lapan kawasan di seluruh negeri dikenalpasti menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang berpotensi berlaku penularan wabak demam denggi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: demam denggi
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan