Ingatkan artis saja, mufti pun jadi mangsa - Berita Semasa | mStar

Ingatkan artis saja, mufti pun jadi mangsa

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 9:26 AM

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Golongan artis dan selebriti sering berdepan dengan isu penyalahgunaan akaun palsu di laman sosial yang menggunakan sama ada nama atau gambar mereka.

Namun realitinya bukan sahaja golongan popular itu terkesan, nampaknya mufti juga tidak terkecuali menjadi mangsa oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengalaminya sendiri apabila muncul sebuah akaun Instagram palsu menggunakan gambar-gambarnya.

Menggunakan nama ‘zulkifpetek’, akaun tersebut turut memaklumkan pemiliknya adalah Mufti Wilayah Persekutuan.

“Kami dapat mengesan satu akaun Instagram palsu @zulkifpetek yang dibuat empat minit lalu dan menggunakan gambar-gambar Datuk Mufti,” menurut posting oleh pengendali (admin) di akaun rasmi Instagram mufti menggunakan nama drzulkifli.albakri pada Isnin malam.

Pengikut laman sosial Mufti Wilayah Persekutuan turut dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang akaun palsu.

Rata-rata pengikut terkejut dengan kemunculan akaun palsu yang disifatkan sebagai tidak beradab.

“Mufti pun sanggup dianiaya, apalah nak jadi sekarang ni?” kata itaarshad di ruangan komen.

“Kami report (buat laporan). InsyaAllah. Semoga dijauhi fitnah dan hasad dengki orang,” ujar damianmikhailmusic.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan didapati akaun palsu berkenaan telah dipadamkan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan