Tetak bini lepas kahwin lain - Berita Semasa | mStar

Tetak bini lepas kahwin lain

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang wanita Orang Asli menerima tiga jahitan di kepala selepas ditetak suami dipercayai berang kerana meninggalkan rumah sejak beberapa hari lalu.

Mangsa, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, dikatakan meninggalkan rumah selepas mengetahui suaminya, Mat Rahim, 28, berkahwin lain.

Menurut saksi yang juga sepupu mangsa, Aboy Angah, 46, suspek datang mencari isterinya di rumah kakak mangsa pada jam 12 tengah hari tadi dan terus menetak kepala dari arah belakang.

"Akibat tetakan itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ramliah sedar dan kami terus bawanya ke Hospital Gua Musang kerana berlaku pendarahan di kepala dan bahu.

"Saya tak sangka suspek akan bertindak sedemikian kerana pada awalnya dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik.

"Selepas menetak isterinya, suspek terus melarikan diri," katanya yang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Isnin.

Dalam pada itu, Ramliah mendakwa, sebelum ini suaminya sering mabuk dan memukulnya berkali-kali tanpa sebab.

"Saya tak tahan kena pukul, jadi saya balik ke rumah ibu bapa saya. Malah, saya turut diberitahu kenalan bahawa suami sudah berkahwin sejak dua bulan lalu.

"Saya ingat dia datang mahu pujuk saya untuk pulang, namun dia bertindak begini. Saya trauma dan takut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan laporan polis yang dibuat mangsa.

Sehubungan itu katanya, suspek diminta tampil ke balai bagi membantu siasatan.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Tetak , bini , kahwin lain
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan