Tiga kanak-kanak rentung, rumah terbakar di Semporna - Berita Semasa | mStar

Tiga kanak-kanak rentung, rumah terbakar di Semporna

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 8:40 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Tiga kanak-kanak rentung selepas terperangkap dalam sebuah rumah kayu yang 95 peratus terbakar di Kampung Pegagau dekat sini, Ahad malam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah dalam kenyataan berkata mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Emang, 5, dan Botak, 3, serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Puangsa, 5.

"Balai Bomba dan Penyelamat Semporna menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 mengenai kebakaran itu pada 7.47 malam, dan bergegas ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer dari balai dengan menggunakan dua jentera yang diketuai Ketua Balai, Fazizul Hizam Borhan bersama 10 anggota," kata kenyataan itu di sini, pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya pada 9.43 malam dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan, kata kenyataan tersebut. - Bernama

Tags / Kata Kunci: rentung , kebakaran , Semporna
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan