Bekas ratu cantik tampil mahu rebut Kiulu - Berita Semasa | mStar

Bekas ratu cantik tampil mahu rebut Kiulu

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas ratu cantik mungkin akan mengetuai jentera serangan pembangkang dalam berdepan dengan calon yang merupakan bekas wartawan.

Mungkin semua akan tertanya-tanya di manakah letaknya Kiulu.

Ia merupakan daerah kecil yang terletak di kaki Gunung Kinabalu itu bakal menjadi tumpuan dengan kehadiran calon ini.

Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29,  merupakan graduan lulusan undang-undang dan bekas Ratu Unduk Ngadau (Festival Penuaian Sabah) yang merupakan acara berprofil tinggi di negeri itu.

Bekas penyanyi dan model ini dijangka akan berebut kerusi yang dipertandingan dengan penyandang Datuk Joniston Bangkuai, Parti Bersatu Sabah.

Rampas, calon Parti Warisan Sabah bakal memberi cabaran sengit kepada Bangkuai, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis sebanyak 44 undi dalam pilihan raya 2013.

Wanita berdarah kacukan ini, ibu etnik Kadazan dusun dari Kiulu dan bapanya seorang British telah mula menerokai kampungnya sejak April tahun lalu.

"Saya masih tidak tahu sama ada saya akan bertanding menentang Datuk Joniston, tetapi siapa sahaja yang akan bertanding, ahli politik berpengalaman atau tidak, tumpuan saya akan memenangi undi majoriti," kata Rampas.

Tanah dan infrastruktur asas adalah antara isu utama yang diberi perhatian oleh Warisan di Kiulu.

Dalam pada itu, bekas wartawan Bangkuai berjaya mendapatkan tempat dalam kerajaan negeri dan mengisytiharkan Kiulu sebagai daerah kecil dan dijangka akan memperoleh kelulusan untuk lebih banyak jalan dan kemudahan asas lain.

Beliau juga telah meningkatkan profil daerah yang indah sebagai tarikan eko-pelancongan.

Kiulu adalah kawasan berbukit yang terdiri daripada 105 buah kampung  dengan keluasan 388km persegi.

Tags / Kata Kunci: Kiulu , Sabah , Jo-Anna Sue Henley Rampas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan