Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena - Berita Semasa | mStar

Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 8:00 AM

Abdul Hadi bersama tiga calon PAS, malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA KEDAH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama tiga calon bertanding di Kedah pada PRU14 nanti.

Nama calon diumumkan awal ialah legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, 53, bertanding di Parlimen Pokok Sena.

Ahli farmasi, Muhamad Riduan Othman, 43, pula diumum calon Parlimen Kuala Kedah.

Seterusnya, Pesuruhjaya PAS Kedah, Fakhrudin Sheikh Fakhrurazi menjadi calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur.

Pengumuman itu dibuat pada ceramah Gelombang Hijau Kedah di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, Jalan Batas Paip, di sini, malam Sabtu.

Pengumuman kesemua senarai calon PAS Kedah akan diumumkan pada 19 April ini. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: PRU14 , PAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan