TMJ umum belanja rakyat Johor - Berita Semasa | mStar

TMJ umum belanja rakyat Johor

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 9:01 PM

Tunku Ismail bersama isterinya, Che'Puan Khaleeda Bustamam di Jusco Tebrau City, Johor Bahru pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan hadir ke Jusco Tebrau City, Johor Bahru lewat petang Rabu.

Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung di situ apabila Tunku Ismail membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.

Beliau turut beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan asas di pasaraya AEON.


"Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi."Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor," ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga mengumumkan untuk membayar perbelanjaan setiap seorang sebanyak RM3,000.

Difahamkan Tunku Ismail membayar lebih kurang RM1 juta keseluruhannya.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , TMJ
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan