Pelanggan cedera kedai dobi terbakar - Berita Semasa | mStar

Pelanggan cedera kedai dobi terbakar

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan berusia 40 tahun mengalami lecur 50 peratus pada badannya, dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai dobi di Taman Jinjang.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima panggilan berhubung insiden pada kira-kira pukul 8 malam Selasa.

"Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran dipadamkan pada pukul 8.22 malam.

"Menurut saksi dan anggota bomba, tiga letupan dapat didengari semasa kebakaran yang memusnahkan 80 peratus kedai itu," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Bagaimana tiada mangsa lain yang cedera dalam kebakaran itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan