Harga minyak tidak berubah - Berita Semasa | mStar

Harga minyak tidak berubah

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi 12-18 April tidak berubah.

RON95 kekal dengan harga RM2.20 seliter manakala RON97 RM2.47 seliter.

Harga diesel pula kekal RM2.18 seliter.

Harga tersebut diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 18 April ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Tags / Kata Kunci: Harga minyak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan