Tak mengecewakan! KJ jadi pelakon demi masa depan orang muda - Berita Semasa | mStar

Tak mengecewakan! KJ jadi pelakon demi masa depan orang muda

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2018 2:32 PM

(Ubah saiz teks)


PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin sentiasa menjadi tumpuan dengan idea berbeza dan kreatif.

Terbaru, Menteri Belia dan Sukan itu tampil sebagai seorang pelakon, yang dilihat dilakukannya demi masa depan orang muda.

Video berdurasi tiga minit 30 saat itu dirakam oleh Khairy sempena pelancaran Manifesto Orang Muda, 'Bersama Kita Hebatkan Orang Muda' yang akan dibentangkan pada malam Selasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dengan gaya bersahaja Khairy menjadi watak utama dalam pelbagai situasi berbeza melibatkan isu dan persekitaran golongan muda.

Beliau dalam video itu dengan sleamba memainkan watak berkunjung ke kenduri kahwin, singgah beli makanan di 'food truck', melawat belia luar bandar, bermain bola keranjang dan banyak lagi.

Video itu secara keseluruhan menyampaikan mesej mengenai perancangan besar yang telah dibuat untuk generasi muda ke arah TN50.

Jaminan-jaminan yang disebutkan termasuklah bantuan kepada golongan wanita yang bekerja dari rumah, jaminan untuk usahawan muda, penambahbaikan dari segi pemilikan rumah mampu milik, kenaikan gaji atau insentif selain meneruskan bantuan yang sedia ada.

Malah ada antara program ini akan membantu golongan muda di sektor awam dan swasta.

Sebelum ini Khairy pernah tampil dengan video pendek menarik sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan