Keluar PKR, bekas MP Kapar kembali ke PRM - Berita Semasa | mStar

Keluar PKR, bekas MP Kapar kembali ke PRM

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2018 10:25 AM

S. Manikavasagam. Foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

(Ubah saiz teks)


KAPAR: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam (gambar) yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), kembali kepada parti lamanya, Parti Rakyat Malaysia (PRM).

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas MP Kapar Manikavasagam umum keluar PKR

Manikavasagam yang menganggotai PRM pada 2007, akan bertanding untuk Parlimen Kapar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Selat Kelang.

"Terdapat parti-parti lain yang mencari saya tetapi presiden (PRM) memberitahu bahawa tiada masalah untuk saya kembali. Jadi, saya kembali ke PRM," katanya selepas pengumuman calon-calon PRM di Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Sabtu.

Manikavasagam digantung keahliannya dalam PKR pada 2017. 

Beliau meninggalkan PKR kerana rayuan terhadap penggantungan itu tidak diberikan perhatian.

Manikavasagam merupakan Ahli Parlimen Kapar pada 2008.

Tags / Kata Kunci: Parti Rakyat Malaysia , PKR , Manikavasagam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan