“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang” - Berita Semasa | mStar

“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang”

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2018 11:13 AM

Gambar yang dimuat turun Mohamed Azmin petang Rabu yang dipercayai menyindir juri rancangan masakan antarabangsa - Foto FB Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memerli juri rancangan masakan antarabangsa menerusi status dimuat naik dalam akaun Facebook milik beliau, petang Rabu.

Dalam status itu beliau turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya memasak hidangan rendang.

"Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang. Meh sini Chef Min ajar masa rendang. Oh ya, ayam rendang tak 'crispy' ya?

"Kami rakyat Malaysia berbangga dengan juadah kami dan kami tahu bagaimana menyediakan dan menghidangkannya. Bersikap terbuka terhadap tradisi kami dan kamu akan mempelajari sesuatu," muatnaiknya dalam status itu.

Status itu menerima lebih 3,000 emoji, ratusan perkongsian dan komen.

Rata-rata memuji Mohamed Azmin yang disifatkan serba boleh dalam pelbagai bidang.

Netizen yang juga Adun Seri Serdang, Norhanim Ismail  dalam komennya mengucapkan tahniah kepada Azmin.

"Tahniah MB...memang MB ni hensem bergaya tak dinafikan. Serba boleh. Arwah mak dia pernah cerita MB ni anak yang baik sangat.Itu yang boleh saya nyatakan.Alhamdulillah,"katanya.

Seorang lagi netizen, Eddie Zainalabidin Rawa berkata Mohamed Azmin adalah pemimpin yang dimahukan rakyat.

"Alamak...pakar masak...bukan sahaja boleh memimpin kerajaan negeri, ni macam lah kita mahu,"katanya dalam kata-kata yang diluah menerusi ruangan komen.

Terdahulu, tular kisah seorang tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang didakwa tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya dinilai juri tidak rangup dan garing. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , MasterChef UK , rendang ayam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan