Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan siasat Rizalman - Berita Semasa | mStar

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan siasat Rizalman

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2018 3:37 PM

Ahmad Zahid bersama para tetamu kenamaan selepas merasmikan 'World Halal Week 2018' di sebuah hotel di Ibu Negara pada Rabu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dadah: Rizalman Dakwa Diperangkap

“Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini, pada Rabu selepas  merasmikan Minggu Halal Dunia.

Terdahulu Rizalman yang mengadakan sidang akhbar pagi tadi menafikan dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman dalam sidang akhbar itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rizalman Mokhtar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan