TH Yakin Dapat Kuota Haji Tambahan Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

TH Yakin Dapat Kuota Haji Tambahan Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2018 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Lembaga Tabung Haji (TH) yakin akan mendapat kuota tambahan untuk jemaah haji tahun ini berdasarkan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagaimanapun berkata, keputusan permohonan kuota tambahan kepada kerajaan Arab Saudi kebiasaannya hanya akan diketahui pada saat akhir sebelum bermula musim haji, Ogos ini.

“Lazimnya kita akan dapat hujung-hujung, sebab mereka (Arab Saudi) nak tentukan semua negara selesai, ada baki (kuota haji) barulah mereka akan beri keutamaan kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Geran Tanah Peserta-Peserta FELCRA Berhad Kawasan Iboi Tiak di sini, Sabtu.

Ketika ini, kuota  rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lepas berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini.

Abdul Azeez juga menafikan kononnya TH memberi keutamaan kepada anggota Umno untuk menunaikan ibadah haji hanya kerana beliau turut memegang jawatan dalam parti itu.

"Semua yang berdaftar adalah layak mengikut giliran...TH tak pernah main politik walaupun saya pemimpin Umno yang menjaga TH,” katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: TH , haji
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan