Dewan Rakyat Lulus Usul Persempadanan Semula - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat Lulus Usul Persempadanan Semula

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2018 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian.

Usul itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas undian dijalankan petang Rabu.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan usul itu setelah ia dibahaskan 14 anggota Parlimen dari Barisan Nasional dan pembangkang.

Laporan itu akan dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum diwartakan untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan