Lori Terbalik Punca Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 15KM - Berita Semasa | mStar

Lori Terbalik Punca Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 15KM

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2018 8:15 PM

Lori terbalik mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 15 kilometer. - LLM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah lori minyak terbalik di Km35.8 arah barat (Gombak), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 15 kilometer sejak 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) berkata kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Beliau berkata susulan kejadian itu laluan kontra telah diaktifkan dari Km37 hingga Km35.1 arah timur.

"Kerja-kerja pembersihan jalan sedang giat dilakukan ekoran minyak tumpah daripada lori yang terbabas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata usaha mengalihkan lori berkenaan sedang dilakukan, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati. - Bernama

Tags / Kata Kunci: sesak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan