Notis Gangguan Bekalan Air Miri Palsu! - Berita Semasa | mStar

Notis Gangguan Bekalan Air Miri Palsu!

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang wakil rakyat meluahkan rasa berang selepas notis palsu mengenai gangguan bekalan air tersebar di laman sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat di sini.

"Berita palsu, sekarang notis pula yang palsu!

"Sekarang musim pilihan raya dan akan ada lebih banyak lagi perkara seperti ini yang akan tersebar untuk menaikkan kemarahan rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau, Datuk Sebastian Ting tentang notis awam yang palsu itu.

Notis tersebut tular di laman sosial dan dibuat seolah-olah ia merupakan pengumuman rasmi oleh agensi yang menyediakan air, dengan kenyataan gangguan itu akan menjejaskan seramai 350,000 penduduk.

"Saya sudah periksa dengan pihak pengurusan Lembaga Air Kawasan Utara (Laku) dan mereka beritahu bahawa notis itu adalah palsu.

"Seseorang menggunakan semula notis yang dibuat pada tahun lalu dan menyebarkannya.

"Kalau berlaku gangguan air sebesar itu, Laku akan mengeluarkan notis amaran rasmi bagi memaklumkan kepada rakyat," katanya kepada The Star.

Tags / Kata Kunci: gangguan air , berita palsu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan