HKL Terbakar - Berita Semasa | mStar

HKL Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Salah sebuah bangunan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar lewat tengah hari Sabtu.

Menurut Pengarah HKL, Datin Dr Nor Akma Yusuf, kebakaran telah berlaku di stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

Pihak bomba telah menjalankan tugas mengawal kebakaran dari merebak dan setakat ini api telah berjaya dipadamkan.


"Pengasingan atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Perkhidmatan di Hospital Kuala Lumpur tidak terganggu dan adalah berjalan seperti biasa," jelasnya dalam satu kenyataan.

Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini."


Tags / Kata Kunci: HKL Terbakar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan