Penjinak Ular Peramah Dan Dedikasi - Rakan Baik - Berita Semasa | mStar

Penjinak Ular Peramah Dan Dedikasi - Rakan Baik

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Penjinat ular Malaysia, Abu Zarin Hussin seorang yang peramah dan tidak mempedulikan apa yang orang cakap mengenai minatnya, ujar Mohd Ikhwan Hafizi Ali.

Mohd Ikhwan Hafizi Ali merupakan rakan baik kepada Allahyarham Abu Zarin yang meninggal dunia selepas dipatuk seelor ular tudung selar.

Katanya, Abu Zarin,33, seorang anggota bomba yang terkenal dengan sikap mesra dan tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya ketika mengadakan taklimat dan demonstrasi.

"Dia tidak pernah menolak jika ada orang ingin merakam gambar bersamanya.

"Ia adalah satu kehilangan besar kerana kami sangat rapat," katanya, sambil menambah bahawa dia menangkap ular dengan Abu Zarin ketika berada di Temerloh sebagai anggota bomba sejak empat tahun lalu.

"Saya tidak akan melupakan kenangan dan apa yang dia ajar untuk mengendalikan ular.

"Beberapa kali kami hampir diserang ular yang sedang mencari tempat tinggal di kawasan kediaman," katanya.

Abu Zarin digigit ular tedung selar pukul 7.54 malam ketika operasi di Bentong pada 12 Mac lalu dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Dia meninggal kira-kira jam 12.40 pagi Jumaat selepas koma selama tiga hari.

Abu Zarin, yang berpangkalan di Balai Bomba Temerloh, menjadi terkenal selepas kebolehannya mendapat perhatian media di seluruh dunia, termasuk The Daily Mirror dan The Daily Mail.

Bakatnya dalam mengendalikan ular turut mendapat perhatian ketika menyertai program program televisyen Asia Got Talent hingga ke peringkat suku akhir.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kampung Permatang Gading, Pasir Putih, Kelantan selepas solat Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Abu Zarin , Penjinak Ular , Wira Penyelamat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan