Hari Pekerja 2018 Kekal Sebagai Cuti Umum - Berita Semasa | mStar

Hari Pekerja 2018 Kekal Sebagai Cuti Umum

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Cuti  umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini ditunda.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program Sambutan Hari Pekerja  2018 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri  Richard Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan dan mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar', yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Hari Pekerja , 1 Mei
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan