Silap Nama Azalina, RTM Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Silap Nama Azalina, RTM Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 11:14 AM

Kesilapan pada perkataan bin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memuat naik permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said susulan berlaku kesilapan pada nama beliau.

Permohonan maaf itu dimuat naik di Facebook rasmi RTM pada Selasa, dengan menyatakan pihaknya kesal dengan kesilapan tersebut.

“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi,” jelas RTM.

Permohonan maaf yang dibuat RTM berhubung kesilapan nama Azalina.

Kesilapan itu berlaku apabila RTM menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ia ditayangkan secara langsung.

Paparan kesilapan itu berlaku ketika Azalina sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP). - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Azalina Othman Said , RTM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan