Tarikh Pelepasan Anwar Tidak Tetap - Kementerian Dalam Negeri - Berita Semasa | mStar

Tarikh Pelepasan Anwar Tidak Tetap - Kementerian Dalam Negeri

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2018 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh 8 Jun hari pelepasan penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh berubah, kata Kementerian Dalam Negeri.

"Hukuman dan tarikh pelepasan banduan boleh berubah jika penghuni melanggar peraturan penjara, yang akan mengakibatkan hilangnya pengampunannya di bawah Peraturan Penjara," kata pihak Kementerian dalam jawapan bertulis kepada Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar).

Kementerian mengesahkan bahawa tarikh pelepasan berjadual Anwar adalah 8 Jun, sebagaimana yang diberikan oleh Jabatan Penjara.

Ia mengambil kira tarikh pelepasan Anwar berdasarkan Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, yang membenarkan pembebasan awal bagi Anwar dengan hukuman satu pertiga daripada pengampunan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas tewas dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 untuk mengetepikan sabitannya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

"Tarikh pelepasan sebenar Anwar jatuh pada 10 Jun, tetapi kerana hari Ahad dan hari sebelumnya Sabtu, dia boleh dibebaskan pada 8 Jun (Jumaat)," jelas Kementerian.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan