Peserta Larian Maraton Dilanggar Sekelip Mata - Berita Semasa | mStar

Peserta Larian Maraton Dilanggar Sekelip Mata

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2018 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pelari maraton 'Run Out Pahang', Nurulhuda Ahmad Razali memberitahu kejadian dilanggar kereta terjadi dalam sekelip mata.

"Saya sedang berlari dan mendengar suara bising di belakang. Semua yang terjadi terlalu pantas,seperti mata berkelip dan saya terkejut.

"Sebelum mengatahui apa yang berlaku, saya telah jatuh kesakitan," ujar pensyarah berusia 32 tahun itu.

Nurulhuda memberitahu, dia masih dalam keadaan sedar ketika dilanggar, namun gagal menggerakkan kakinya.

"Saya masih samar, tetapi ambulan tiba cepat dan membawa saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA)," katanya.

Tambahnya, dia hanya beberapa ratus meter untuk tiba digarisan penamat ketika kejadian berlaku.

Dalam pada itu, Nurulhuda turut memberitahu dia sudah biasa menyertai acara larian maraton di seluruh negeri.

"Saya ada juga menyertai acara maraton ini di Kuala Lumpur dan Putrahjaya dan semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: langgar , peserta maraton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan