Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Di Hulu Selangor - Berita Semasa | mStar

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2018 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekalan air di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya sementara bekalan di Petaling dan Kuala Lumpur meningkat lebih 50 peratus, kata Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Syabas berkata, status pemulihan adalah 98 peratus di Kuala Langat, Klang (86.1 peratus), Gombak (78.2 peratus), Petaling (57.5 peratus) dan Kuala Lumpur (52.5 peratus).

Syabas berkata, bekalan air dijangka kembali kepada 90 peratus menjelang tengah malam Sabtu atau awal pagi Ahad.

"Segala usaha sedang ditingkatkan bagi memulihkan proses pengagihan air di kawasan tinggi atau bangunan bertingkat, dan di kawasan yang terletak di hujung garisan agihan," kata kenyataan itu.

Tambah Syabas, lori bertangki akan terus menyediakan air di kawasan yang terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Para pelanggan boleh memohon tangki air dengan menghantar pesanan kepada 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat).

Tags / Kata Kunci: bekalan air , syabas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan