Harga Barang Di Malaysia Lebih Murah Dari Singapura, Brunei - Berita Semasa | mStar

Harga Barang Di Malaysia Lebih Murah Dari Singapura, Brunei

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2018 5:27 PM

Hamzah Zainudin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga barangan di Malaysia lebih murah berbanding Singapura dan Brunei, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Kita patut berbangga kerana harga barang di Singapura adalah 70 peratus lebih tinggi manakala 71 peratus lebih mahal di Brunei," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hamzah berkata demikian semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh G. Manivannan (PKR-Kapar) di Dewan Rakyat pada Khamis mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mengawal harga barangan.

Hamzah menyatakan bahawa perbezaan besar dalam harga adalah disebabkan oleh perbezaan dalam keluaran dalam negara kasar negara (KDNK) masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan telah menyediakan subsidi untuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, gas dan tepung.

Hamzah berkata, kerajaan juga menetapkan kawalan harga terhadap barangan tertentu semasa musim perayaan.

Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainudin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan