Kakak Annuar Musa Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Kakak Annuar Musa Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 12:24 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kakak kepada Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Selasa malam.

Fauziah Musa, 73, anak kedua daripada tujuh beradik meninggal dunia pada pukul 10.07 malam akibat penyakit strok.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM sejak dua minggu lalu bagi mendapatkan rawatan.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Bukit Marak pada Rabu. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan