SPM: Lebih 400,000 Calon Ketahui Keputusan 15 Mac - Berita Semasa | mStar

SPM: Lebih 400,000 Calon Ketahui Keputusan 15 Mac

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2018 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

Kenyataan itu menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

"Keputusan calon  persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar," katanya.

Calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM nombor kad pengenalan angka giliran dan hantar ke 15888, menurutnya.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan SMS itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi 15 Mac dan akan ditamatkan pada 6  petang, 21Mac.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan, katanya.

Seramai 443,883 calon menduduki SPM 2017 dan daripada jumlah itu sebanyak 386,331 orang adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (8,346); sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976); sekolah swasta (14,883); dan calon persendirian (23,886).-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: SPM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan