“Kami Setuju Guna Satu Logo Sahaja” - Berita Semasa | mStar

“Kami Setuju Guna Satu Logo Sahaja”

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 5:45 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan tetap berdegil untuk menggunakan satu logo atau simbol pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 meskipun Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum memberi maklum balas permohonan gabungan berkenaan untuk didaftarkan secara rasmi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk menggunakan satu logo itu telah dipersetujui sebelum ini dan pendirian tersebut tidak akan berubah.

"Kami setuju untuk guna satu logo sahaja setakat ini," kata Anggota Parlimen Pagoh itu dalam sidang akhbar, Khamis.

Sehingga kini, pakatan pembangkang itu masih belum menetapkan logo atau simbol parti mana akan digunakan pada PRU14 sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PPBM atau Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata semua rakan parti akan menggunakan satu logo atau simbol meskipun tidak diluluskan ROS dalam pilihan raya akan datang.

ROS sehingga kini masih belum memberi sebarang maklum balas kepada permohonan Pakatan Harapan sejak dikemukakan tahun lepas.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: PPBM , satu logo , PRU14 , Muhyiddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan