AirAsia Jual Operasi Pajakan Pesawat Kepada BBAM - Berita Semasa | mStar

AirAsia Jual Operasi Pajakan Pesawat Kepada BBAM

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 12:56 PM

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh AirAsia  Bhd, Asia Aviation Capital Ltd, akan menjual operasi pajakan pesawatnya kepada BBAM Limited Partnership-yang menguruskan beberapa entiti, dengan nilai US$1.18 bilion (US$1=RM3.9255), menilai perniagaan pada penilaian perusahaan sebanyak US$2.85 bilion.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata hasil daripada penjualan itu, AirAsia dijangka meraih keuntungan jualan kira-kira RM967.1 juta.

“Di bawah terma perjanjian itu, FLY Leasing Limited, Incline B Aviation Limited Partnership dan Nomura Babcock and Brown akan membeli portfolio membabitkan 84 pesawat dan 14 enjin, iaitu 79 pesawat dan 14 enjin akan dipajakkan semula kepada AirAsia dan anak syarikatnya.

“FLY dan Incline juga telah memeterai perjanjian untuk membeli 48 pesawat yang akan diserahkan kepada AirAsia dan pilihan untuk membeli lagi 50 pesawat yang akan dihantar,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada penjualan itu, AirAsia juga akan menerima pembayaran bukan tunai membabitkan Saham Depositori Amerika FLY bernilai US$50 juta, menjadikan AirAsia memiliki 10.2 peratus kepentingan FLY Leasing Limited.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata penjualan operasi pajakan pesawat itu sejajar dengan strategi kumpulan untuk menjual aset dan perniagaan bukan teras.

“Semasa kami membeli pesawat ini, tahap kadar hutang kami tinggi dan sesetengah pihak tidak  dapat  melihat sebab kami mahu memiliki aset ini.

“Urus niaga ini menunjukkan ia merupakan strategi yang tepat berikutan kami mempunyai suatu yang bernilai untuk dijual dengan pulangan tunai dan hubungan ekuiti dalam dua syarikat besar,” katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan