2 Beradik Kempunan Wang Samun - Berita Semasa | mStar

2 Beradik Kempunan Wang Samun

Diterbitkan: Isnin, 26 Februari 2018 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

DUA lelaki kempunan berjoli wang hasil ragut selepas mereka ditahan polis di Jalan Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.

Suspek berusia 33 dan 27 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada pukul 1.15 petang.

Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada suspek menggunakan kereta bapa mertuanya untuk melakukan perkara tidak bermoral itu.

Ujian air kencing juga mendapati kedua-dua mereka yang merupakan adik-beradik itu positif dadah jenis Metamphetamine.

Tags / Kata Kunci: Kota Bharu , ragut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan