BR1M Fasa Kedua Dibayar Pada Jun, Ogos - Berita Semasa | mStar

BR1M Fasa Kedua Dibayar Pada Jun, Ogos

Diterbitkan: Ahad, 25 Februari 2018 7:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada Jun dan Ogos ini.

“Saya tahu ramai tanya pasal BR1M. Sukacita saya umumkan bahawa bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos nanti.

“Bagi sesiapa yang ingin semak status, boleh ke https://ebr1m.hasil.gov.my” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Najib dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang pada Ahad. - Bernama

Tags / Kata Kunci: BR1M
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan