Azmin Kerja Dari Rumah Atas Faktor Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Azmin Kerja Dari Rumah Atas Faktor Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 25 Februari 2018 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali akan bekerja dari rumah kerana mengalami kecederaan tulang belakang.

Pengarah Komunikasi Strategik Selangor, Yin Shao Loong mengesahkan perkara itu ketika dihubungi The Star, dengan berkata, Azmin telah mengalami pemilahan tulang belakang.

"Dia begitu teruja dengan kelahiran cucu pertamanya pada awal minggu ini dan membersihkan rumahnya sendiri, termasuk mengangkat perabot yang sangat berat. "Ia adalah kegembiraan dan kesukaran menjadi seorang datuk," katanya.

Namun, tidak diketahui tarikh sebenar Azmin boleh kembali bekerja kerana ia bergantung kepada rawatan fisioterapinya.

"Ia bergantung kepada seberapa baik latihan fisio yang dijalani beliau dan sama ada seorang yang gila bekerja sepertinya boleh hidup jauh dari pejabat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan