Video Aksi Tembak Hanyalah Penggambaran - Polis - Berita Semasa | mStar

Video Aksi Tembak Hanyalah Penggambaran - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 23 Februari 2018 6:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim menjelaskan video kejadian tembak-menembak yang tular di media sosial pada Jumaat bukan kejadian sebenar sebaliknya hanya penggambaran filem.

“Saya nafikan kejadian tembak berkenaan (kejadian sebenar), jadi orang awam tidak perlu bimbang dengan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Video berdurasi satu minit lapan saat itu memaparkan satu kejadian tembak menembak sepasukan anggota polis dengan beberapa penjenayah selain turut memuatkan sekeping gambar dua orang mangsa yang berlumuran darah dan terbaring di atas jalan dipercayai mati akibat tembakan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Video Tembak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan