Alahai Kambing Pun 'Pandu' Kereta - Berita Semasa | mStar

Alahai Kambing Pun 'Pandu' Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 23 Februari 2018 11:35 AM

Kambing betina terperangkap pada stereng kereta Saga.

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Situasi cemas apabila melihat seekor kambing betina terperangkap pada stereng kereta jenis Proton Saga di Kampung Gentam petang Khamis.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Pilah, Zulkarnain Basiron berkata, seorang wanita berusia 50 tahun yang juga pemilik kenderaan itu menghubungi APM memaklumkan kejadian itu jam 3.40 petang.

Menurutnya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan mendapati seekor kambing terperangkap di stereng kereta.

“Kambing itu memasuki kereta tersebut setelah pintunya dibuka pengadu yang kebetulan sedang bersiap untuk pergi kerja. 

“Pintu kereta dibuka dan secara tiba-tiba kambing itu masuk ke ruang pemandu lalu tanduknya tersangkut pada stereng menyebabkan haiwan itu terperangkap. 

“Panik dengan situasi itu, dia bertindak menghubungi APM dan kami berjaya melepaskan kambing dengan mengambil masa tiga minit,” katanya. 

Tambahnya, kejadian yang berlaku itu agak melucukan dan pastinya tidak akan dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai anggota APM. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: kambing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan