Malaysia Tidak Bankrap - PM - Berita Semasa | mStar

Malaysia Tidak Bankrap - PM

Diterbitkan: Khamis, 22 Februari 2018 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana menteri mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangkan kerajaan berjaya mengurangkan hutangnya kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruktur yang berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat keputusan yang berani seperti melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjana ekonomi, termasuk 2.26 juta pekerjaan yang diwujudkan, dengan purata pendapatan  meningkat antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus setahun.

"Kita sendiri menetapkan had 55 peratus daripada KDNK, dan telah menurunkannya kepada 50.4 peratus.

“Semasa Krisis Kewangan Asia, rizab negara susut kepada US$20 bilion, kita tak pun bankrap. Kini rizab kita US$124 bilion, macamana nak kata kita bankrap? " katanya pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat, Khamis.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia, sebanyak 5.9 peratus pada 2017, serta kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.

"Ini gambaran yang besar. Pencapaian kita ini dapat ulasan yang sangat baik daripada organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia yang memuji Malaysia memandangkan ekonomi kita bergerak ke arah yang betul, dan dasar kita menunjukkan hasil positif termasuk beberapa langkah yang telah kita ambil," katanya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bankrup , Bank Negara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan