Mesej Tular Ucapan Khas PM Tidak Benar - Berita Semasa | mStar

Mesej Tular Ucapan Khas PM Tidak Benar

Diterbitkan: Rabu, 21 Februari 2018 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesej yang tular di media sosial mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman penting pada Rabu adalah tidak benar.

Mesej itu diiringi paparan skrin mengenai penampilan Najib di Astro Awani, bersama-sama dengan perkataan "Ucapan Khas Perdana Menteri" dan "Saksikan Ucapan Perdana Menteri secara langsung di 11.3 pagi nanti".

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, mesej yang tular itu dianggap sebagai pengumuman mengenai pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, sumber-sumber di Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa mesej berkenaan adalah tidak benar.

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail juga menulis di Twitternya bahawa paparan skrin itu adalah dari 2013.

Beberapa mesej palsu didapati tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu berhubung pengumuman pilihan raya umum.

Satu mesej yang tukar menyebut kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 22 Februari dan seterusnya memberikan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan