Speaker DUN Johor Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung - Berita Semasa | mStar

Speaker DUN Johor Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

Diterbitkan: Selasa, 20 Februari 2018 10:17 PM

Mohamad juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. - Tabung Haji

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pegawai Khasnya, Mohd Fahminuddin Mohd Zain, dalam satu kenyataan di sini malam Isnin berkata,  pembedahan  tersebut berjalan lancar dan beliau kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Mohamad, 78, yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan bekas  Ahli Parlimen Sri Gading dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak 8 Feb lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Mohamad Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan