Kereta Kabel: Semua Pelancong Selamat - Berita Semasa | mStar

Kereta Kabel: Semua Pelancong Selamat

Diterbitkan: Isnin, 19 Februari 2018 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI:  Semua pelancong yang terkandas selepas sistem kereta kabel di sini mengalami kerosakan petang tadi berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke base station di Oriental Village.

Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan kereta kabel Langkawi SkyCab, berjaya membaiki kerosakan sejurus sebelum pukul 11 malam untuk mula membawa turun 960 pelancong dan 78 kakitangan dari puncak Gunung Machinchang setinggi 708 meter ke base station.

Keseluruhan proses memindahkan mangsa disaksikan anggota lembaga Panorama Langkawi, Datuk Azizan Noordin, Ketua Polis Langkawi, ACP Ghazali Che Awang dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Azizan, yang juga ketua pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) berkata perkhidmatan kereta kabel itu akan dihentikan selama setengah hari untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan servis dijalankan.

“Perkhidmatan akan disambung semula selepas 12 tengah hari selepas kami berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan,” kata beliau.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kereta Kabel , Langkawi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan