Penumpang Cemas Selamatkan Diri, Bas Terbakar - Berita Semasa | mStar

Penumpang Cemas Selamatkan Diri, Bas Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 19 Februari 2018 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat puluh orang, terutamanya pelancong cemas menyelamatkan diri  ketika bas dinaiki terbakar di sepanjang jalan Tamparuli-Ranau pukul 7.30 malam Ahad.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata bas itu musnah sepenuhnya tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Ia mengambil masa kira-kira sejam untuk memadamkan api.

Difahamkan bahawa pelancong sedang dalam perjalanan dari Kundasang ke ibu negara ketika kebakaran berlaku di sepanjang jalan.

Tags / Kata Kunci: Bas terbakar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan