Video Gadis Muslim Sertai Pertunjukan Tarian Singa Jadi Tular - Berita Semasa | mStar

Video Gadis Muslim Sertai Pertunjukan Tarian Singa Jadi Tular

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Klip video seorang gadis muslim menyertai tarian singa yang dimuat naik oleh Datin Paduka Marina Mahathir terima maklum balas positif daripada netizen.

Beliau meletak status 'so cool'. 

Video klik yang berdurasi 4:30 minit itu menerima 14,000 orang melihatnya dan 294 perkongsian di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam klip video itu, Mariam Abdul Nazar yang fasih berbahasa Mandarin menjelaskan penglibatannya dalam persembahan tarian singa.

Mariam, 21, tahun, berkata, dia bertindak sebagai pemain dram sejak lapan tahun dulu.

"Antara sebab bahasa Mandarin saya 'okay'. Saya berlatih dan berkomunikasi di sini," ujarnya.

Malah pelawak popular tanah air, Harith Iskander turut berkongsi video tersebut dengan kesyen "absolutely fabulous!".

Beberapa orang netizen turut mengagumi dengan semangat yang ditunjuk oleh Mariam.

Tags / Kata Kunci: Tarian Singa , Mariam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan